Jumaat, 25 Januari 2013

KOREA! SERIOUSLY!!

Nara akan membahasakan 'saya' dalam coretan ini,hehe!
Haha! Assalammualaikum! sekarang ini, coretan saya ini berlabelkan 'happy' iaitu gembira...haha! sebab saya akan menceritakan cerita yang paling 'bez' setakat ini iaitu melancong ke Korea! Pada mulanya saya memang begitu terkejut setelah ibu saya mengajak saya pergi melancong ke Korea pada Disember tahun lepas!(pada masa itu)..Saya begitu gembira GILA sebab saya dapat menjejak kaki di sana!.Saya melancong ke sana bersama kakak,ibu,ibu saudara dan sepupu.Sudah la minat kpop, ni kan pula melancong ke Korea! memang bersyukurlah kepada Allah SWT sebab memberi peluang untuk melancong ke luar negara. Memang gembira sangat sampai tak tidur sepanjang dalam kapal terbang sebab tak sabar untuk ke sana.

antara gambar-gambar semasa berada di Korea.








inilah saya..wajah saya adalah privasi(Takbolehtengokya!)..haha!





Ini sahaja lah yang mampu dimuatkan, walaupun ada banyak lagi.

APABILA BERTUKAR MENJADI 'INVISIBLE GIRL!'

'Bagai berseru Di Padang Pasir' ini sajalah yang boleh diungkapan olehku kepada kawan-kawanku. Hermm., apakan daya,..aku ni bukannya budak pandai, cantik ,suka bercakap dan fasih dalam bahasa Kelantan. Tetapi apabila aku mengambil peluang untuk menyatakan sesuatu, mereka endahkan, mereka saling berborak sesama mereka sahaja. Tetapi, kadang-kadang juga mereka perasan yang aku bersedih kerana tidak dilayan,oleh itu mereka berusaha  memujukku dan mendengar ketika aku bercakap, tetapi itu hanya sekejap sahaja.Setelah sembuh hati ini yang telah dilukai, mereka tidak lagi memahami diriku ini.Aku begitu tersinggung! herr!! perkara yang tak boleh blanya semasa mereka mensinggah ke rumahku untuk membincang hal mata pelajaran. Aku merasakan rumah ini bukan rumah aku. Aku seperti orang asing di rumah aku. Mereka hanya beborak sesama mereka sahaja di ruang tamu. Aku hanya seperti tunggul kayu yang tidak dihiraukan orang sekeliling.Mereka hanya menyatakan sesuatu kepadaku sekiranya memerlukanku.Aku rasa aku bukan seorang kawan bagi mereka. Aku rasa akulah pembantu mereka. Kejadian ini amat mengecewakanku. Aku hanya mampu pendam semua perasaan itu.Aku tahu, itu bukan salah mereka. Akulah yang sepatutnya membaiki diriku daripada naif,pemalu,pendiam kepada seorang yang berani dan pandai bersuara.Doakan aku supaya jadi manusia yang sebenar.Sekian.

Khamis, 24 Januari 2013

PERMULAAN

On your mark!Get set!GO!!..Assalammualaikum! Hello...apa khabar!(cakap sendiri sebab takde pengikut). Ok, sebagai permulaan ini, kenelah memperkenalkan diri saya dahulu! saya Nor Asyikin Ros Azman(NARA). Jadi panggil saya Nara saja lah. Saya berumur 16 tahun pada mac 27 nanti. Haha! anggap saja lah saya ni 20 tahun.Saya dari Kota Bharu! walaupun tak fasih sangat loghat Kelantan, tetapi saya telah dilahirkan di sana, secara langsung saya jadi anak Kelantan,Haha! dan saya amat bangga menjadi anaknya. Tujuan saya membuka blog ini, untuk meluahkan nasib saya yang penuh pahit manis selama hidup di dunia ini dan saya menerima seadanya. Mungkin inilah saya, cara hidup saya yang sebenar. Saya tak mengharapkan banyak Pengikut, walaupun takde langsung, malah membaca coretan saya di blog ini.Haha! hanya menempatkannya sebagai tempat untuk meluahkan segala-segala .....!untuk kebaikan saya. Dalam coretan saya juga bukan untuk mengaibkan sesiapa,hanyalah kisah dan lumrah hidup seorang manusia.Sudah tentu saya akan ambil pengajaran setiap perkara yang telah berlaku terhadap saya, eh chewah!Haha! itu saja lah mukadimah blog saya untuk masa ini. Selamat Jalan! Assalammualikum.