Jumaat, 25 Januari 2013
APABILA BERTUKAR MENJADI 'INVISIBLE GIRL!'
'Bagai berseru Di Padang Pasir' ini sajalah yang boleh diungkapan olehku kepada kawan-kawanku. Hermm., apakan daya,..aku ni bukannya budak pandai, cantik ,suka bercakap dan fasih dalam bahasa Kelantan. Tetapi apabila aku mengambil peluang untuk menyatakan sesuatu, mereka endahkan, mereka saling berborak sesama mereka sahaja. Tetapi, kadang-kadang juga mereka perasan yang aku bersedih kerana tidak dilayan,oleh itu mereka berusaha memujukku dan mendengar ketika aku bercakap, tetapi itu hanya sekejap sahaja.Setelah sembuh hati ini yang telah dilukai, mereka tidak lagi memahami diriku ini.Aku begitu tersinggung! herr!! perkara yang tak boleh blanya semasa mereka mensinggah ke rumahku untuk membincang hal mata pelajaran. Aku merasakan rumah ini bukan rumah aku. Aku seperti orang asing di rumah aku. Mereka hanya beborak sesama mereka sahaja di ruang tamu. Aku hanya seperti tunggul kayu yang tidak dihiraukan orang sekeliling.Mereka hanya menyatakan sesuatu kepadaku sekiranya memerlukanku.Aku rasa aku bukan seorang kawan bagi mereka. Aku rasa akulah pembantu mereka. Kejadian ini amat mengecewakanku. Aku hanya mampu pendam semua perasaan itu.Aku tahu, itu bukan salah mereka. Akulah yang sepatutnya membaiki diriku daripada naif,pemalu,pendiam kepada seorang yang berani dan pandai bersuara.Doakan aku supaya jadi manusia yang sebenar.Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan